Bisnes Internet : Bagaimana Bermula Sebelum Memiliki Perniagaan AUTOPILOT?

Bisnes Internet : Bagaimana Bermula Sebelum Memiliki Perniagaan AUTOPILOT?:





http://gallery.vtopleader.com/images/bisnes-online-mudah/proses-autopilot.jpg


Oklah, sekarang saya cuba memberikan beberapa model yang
memberikan kita pendapatan AUTOPILOT, pendapatan konsisten
setiap bulan.

Pertama, membership site. Ia adalah website di mana ramai
akan membayar anda setiap bulan secara AUTOMATIK
untuk produk, servis atau software yang anda berikan
kepada mereka.

Kelemahan : Memaksa pembeli untuk membeli adalah sukar.
Dan selalunya membership (berdasarkan kajian & pengalaman sebenar),
seseorang member akan membayar selama 4-5 bulan sahaja
(dan itu sudah dianggap satu pencapaian yang HEBAT!).

Kedua, jual ebook. Ya, menjual ebook adalah satu
perniagaan yang memberikan anda jualan setiap bulan.

Kelemahan : khabarnya ia hanya akan konsisten ketika waktu
pelancaran dan ia jualan akan jatuh mendadak selepas
itu. Kadangkala nak dapat 2,3 sales sebulan pun susah.
Malah, mendapatkan pembeli juga sesuatu yang sukar
kerana pelawat yang keluarkan duit sahaja adalah
sumber pendapatan kita.

Ketiga, sewa iklan / PPC / Facebook Ads. Ya, ini juga cara yang
memberikan pendapatan secara automatik, hanya dengan
membuat setting pada kempen iklan tersebut.

Kelemahan : Ia memerlukan kos bagi setiap kempen.
Ada kemungkinan kempen-kempen yang anda cuba akan
berakhir dengan kerugian. Tapi once dah dapat kempen
yang power, anda akan untung sampai bila-bila, walaupun
kebiasaannya untung marginnya agak / amat kecil.

Keempat, blogging. Apabila website anda telah konsisten
dari segi trafik, anda perlu maintain isi kandungan .
Tricknya, anda kena pastikan yang artikel anda tidak
terlalu panjang yang mana sudah cukup memberikan
value kepada pelawat, dan dalam masa yang sama
ianya mestilah dalam niche hiburan? (di Malaysia lah).

Kelima, ebay. Suatu bidang yang sangat lumayan.
Bila dah jumpa kempen yang memberikan pulangan
dengan jualan yang mencanak-canak (vero dan apa2 je),
anda hanya perlu maintain dengan kempen2 tersebut.
Kemudian tunggu ke duit masyuk.

Keenam, buat satu website yang sasarkan pada
long tail keyword, buyer keyword, produk review dan
apa saja. Kemudian, buat review berkualiti dalam 5 -25 artikel,
& buat SEO berterusan, anda akan mula dapat hasil automatik,
samada Amazon, Adsense atau apa saja setiap bulan.

>>> Apa Yang Saya Cuba Utarakan Di Sini? PERLU baca ini

Maksudnya, ada banyak pilihan untuk menjana pendapatan yang
AUTOPILOT.

Yang pasti, anda kena pilih mana satu dan konsisten dengan
mana-mana cara buat duit di atas yang anda mahu.

Yang menjadi masalah (termasuk saya sendiri), semua benda
kita nak cuba. Tapi bila dah jadi masalah sikit, terus putus-asa.

>>> Adakah WAJIB Memiliki Perniagaan Autopilot Sendiri ?

Ya, bagi saya, WAJIB bagi anda memiliki pendapatan autopilot sendiri
jika anda bekerja secara FULL TIME. Anda boleh pilih samada membuat
simpanan 12- 24 bulan dalam bank anda sebelum bekerja full time,
atau anda boleh pilih memiliki perniagaan autopilot, di mana jika
anda jatuh sakit, wang masih masyuk untuk sara keluarga anda.

>>> Kisah Benar $2,000 Sebulan Dengan Blog Sahaja

Baiklah. Saya ada berkenalan dengan seorang mamat ni di Flippa.
Saya telah lihat sendiri sendiri beliau menjual DUA website beliau.

1 blog menjana $1,900 sebulan konsistenHANYA melalui Adsense.
1 lagi blog menjana $2,200 setiap bulan secara konsisten (maknanya income tak pernah jatuh),
hanya melalui Adsense walaupun dalam niche IM!

Jadi saya cubalah korek rahsia dan apa yang beliau buat. Beliau bagitau,
bahawa sebenarnya beliau ada 100 website yang tengah run, dan
yang terbaik adalah yang menjana sekitar $2,000 - $3,000 (tak tahulah berapa).

Ia membuatkan saya tersentak, bahawa sebenarnya banyak pendapatan
yang beliau telah buat setiap bulan. Bila nak duit banyak je, beliau
jual salah satu website.

Salah satu website beliau terjual $17,500 (dalam USD).

>>> Apa Rahsia Beliau Menjana $20,000 Sebulan Secara Autopilot?

Jumlah pendapatan beliau $20,000 sebulan hanyalah anggaran saya
berdasarkan apa yang beliau cerita pada saya.

Alhamdulillah, saya berjaya korek sedikit rahsia beliau, bagaimana beliau
menjana $20,000 sebulan secara autopilot.

(1), buat blog dalam apa jua niche. Kalau umum pun takde masalah sebenarnya.

(2), artikel kena unik. Beliau upah 2-3 artikel setiap minggu dengan kos $50 sebulan.

(3), ajak guest blogger hantar artikel. Apabila dah banyak sangat guest blogger
yang hantar artikel, anda seolah-olah dah boleh relaks dan tak perlu fikir
pasal upah writer lagi dah. kalau blog anda dah ada banyak trafik dan anda
berjaya buktikan, ramai guest blogger berminat bagi artikel berkualiti
untuk dipapar di blog anda secara PERCUMA!

(4), SEO jangan buat sendiri. Baik upah orang je sebab kerja2nya rumit.
Laburkan dalam $50 - $100 sebulan.




(5), Sabar, sabar dan sabar. Kadangkala kena tunggu 6 bulan - 12 bulan
untuk sampai ke tahap yang anda idamkan.

(6), Gandakan formula yang sama untuk blog-blog lain yang baru.



sumber maklumat asal/credit:
-www.facebook.com/akmaladios





For more information:
info 1
info 2
info 3
info 4
info 5
info 6
info 7
info 8
info 9
info 10
info 11
info 12
info 13
info 14


Hope your good actions
to "SHARE/TWEET" this article ...
Thank you ... (",)


Mohon jasa baik anda
untuk "SHARE/TWEET" artikel ini...
Terima Kasih... (",)




Bisnes Internet : Bagaimana Bermula Sebelum Memiliki Perniagaan AUTOPILOT? Bisnes Internet : Bagaimana Bermula Sebelum Memiliki Perniagaan AUTOPILOT? Reviewed by Basri Mohd Nor on 6:04 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.